Sambung cerita- babak kelakar seram

Ok. Nak sambung cerita ni. Heartwarming series dah, ni babak kelakar seram pulak.

In Makkah, the biggest challenge wasn’t the heat, nor the fasting in the heat. It was the 3.5 million fellow pilgrims in our faces day in and day out almost everyday, especially in the last ten days.

Sesiapa yang pernah jaga orang tua, mesti tau kerenah orang tua atau golongan warga emas macam mana kan? Adakalanya mereka buat pe’el kalahkan budak-budak. Bayangkan lah hari-hari puasa dalam keadaan panas dan berdepan dengan kerenah ribuan warga emas? Tapi bukan semua warga emas yang banyak kerenah. Kadangkala orang muda seperti kita juga adalah pe’el-pe’el yang tidak menyenangkan hati. Bercakap pasal pe’el ni, ada satu adegan lucu pecah perut yang berlaku depan mataku. Ini berkenaan temanku Eda.

Eda adalah teman lamaku sejak zaman Australia dulu. Kami pernah backpacking di Borneo bersama. Sebelum Makkah kali ini, rasanya sudah 8 tahun kami tidak perjumpa. Kami selalu berhubung melalui Twitter, Instagram dan FB. Jadi Eda tahu yang aku telah berada di Makkah sejak 16 Julai lalu. Kami pun membuat janji untuk bertemu di Masjidil Haram apabila Eda dan keluarganya sampai di sana pada sepuluh malam terakhir.

Sesiapa yang sudah ke Masjidil Haram tentu tahukan yang tempat wudu’ dan bilik airnya jauh di luar. Dalam keadaan yang penuh sesak, tentu sukar untuk mendapatkan tempat kita semula jika kita keluar untuk ke tandas atau ke tempat wudu’. Oleh itu, ramai jemaah membawa botol Spray kecil–botol spray yang digunakan untuk spray baju yang mahu digosok tu, yang diisikan dengan air zam-zam untuk berwuduk di tempat duduk.

Malam itu, Eda dan adik-adiknya telah chope kan aku tempat. Apabila aku sampai ke saf, Eda sudah mula mengomel. Ada seorang makcik Arab, kata Eda, sambil matanya menunding ke seorang makcik dalam lingkungan 60an, yang tak habis-habis dari tadi buat kerenah, ‘annoying’ semua yang di sekitarnya. Aku lihat makcik tu sedang membaca alQuran. Mungkin Eda yang tak sabar, hatiku berkata.

Sebentar lagi, Eda mula mengambil wuduk kerana waktu isyak bakal masuk. Air zam-zam dari wuduk Eda terkena makcik Arab tu. Dari mata kasar ku, terkena sedikit sahaja di tepi jubahnya. Bukan banyak pun. Tetapi makcik tu menjadi sungguh berang. Dia berhenti membaca alQuran lalu memarahi Eda bertubi-tubi sambil menepis spray dalam tangan Eda sehinggah terjatuh. Eda cuba untuk menerangkan dengan baik, air tu air zam-zam dan hanya terpercik sedikit kepadanya, dalam Bahasa Inggeris. Of courselah makcik tu tak faham. Dia terus mengomel and that’s it. Eda dah naik angin. She grabbed the spray bottle, sambil aiming it straight into the makcik’s face, she started spraying her face while clenching her teeth and saying it in Malay “Eh kau eh, aku dah sabar dari maghrib kan?! Hah amek ko! Amek ko! May Allah guide You! May Allah guide You!!!” Habis basah kuyup muka makcik tu Eda spray!

Myself and Eda’s sisters, we watched in horror initially before breaking into hysterical laughter on the sajadah. Dua-dua Eda dengan Makcik tu dah naik angin, satu mengamuk dalam Arab, lagi satu mengamuk dalam Bahasa Melayu. Last-last Makcik tu grabbed the spray bottle and threw it about a metre away sambil maki Eda entah apa. In between hysterical and suppressed laughter, we told Eda to sabar and mengucap. They were both saved by the Azan.

To this day, I cannot see another spray bottle and not think of Eda and the Makcik Arab incident. I would sometimes laugh out loud on my own. Tsk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s