Hits and misses

Kalau puasa pada hari-hari biasa di negeri sendiri, dugaan datang dah bertubi-tubi. Pengalaman aku berpuasa di tanah suci memberi aku pengalaman di mana dugaan bukan hanya datang bertubi-tubi, tetapi berlori-lori. Bayangkanlah berpuasa dalam keadaan bermusafir, dalam musim panas di tengah padang pasir bersama jutaan orang dalam satu kawasan. Tahap kesabaran kalau bukan berada di tahap dewa, mestilah ‘fuse’ akan cepat sekali short circuit. Fuse ku dah meletup 3 kali dah. Moga diampunkan.

Sebagai seorang guru, apatah sejak beberapa tahun ini aku telah menjadi guru kepada beberapa orang kanak-kanak istimewa, aku rasa aku boleh mengakui bahawa tahap kesabaran aku, alhamdulillah, memang lebih tinggi dari kebanyakkan orang yang tidak sekerjaya denganku. Tahap kesabaran ini juga diasah dengan lebih tajam lagi dengan pengajian seni bela diri Aikido yang selama ini telah menjadi sebahagian dari jati diriku. TETAPI. Pengalaman menyambut sebulan Ramadan di Makkah, pada diri ku dan para jemaah yang seangkatan denganku, memerlukan tahap kesabaran yang amat luar biasa. Golongan warga emas dalam kumpulan kami yang merupakan golongan ‘Makkah veteran’– yang sudah beberapa kali menunaikan haji, umrah Ramadan tiap-tiap tahun dan sebagainya, juga mengakui bahawa menyambut dan berumrah dalam bulan Ramadan bukanlah satu perkara yang mudah ataupun remeh untuk mereka. Ni kan lagi aku yang masih berdarah panas. Darah orang muda.

Dengan jutaan para jemaah, maka berjutalah kerenah yang harus kami berdepan dengan setiap hari. Dari kerena dan tabiat yang dibawa dari negeri masing-masing, kepada tabiat dan kerenah yang berasaskan peringkat umur dan tabiat dan kerenah pada tahap individu pula.

Sesabarnya aku, aku dah naik angin sebanyak 3 kali dah. Maknanya,ketiga-tiga peristiwa yang menyebabkan aku naik angin itu merupakan peristiwa-peristiwa yang telah melampaui batas yang teramat bagi diriku sebagai seorang individu. Yang pertama ialah kisah seorang nenek dari benua India. Aku tidak pasti jika dia merupakan seorang warganegara Pakistan atau Afghanistan. Dia sudah tua sekali dan giginya pun dah banyak yang rongak.Hari itu ialah hari kedua Ramadan. Aku masih belum dapat lagi menyesuaikan diri berpuasa dalam keadaan musim panas yang panas melampau suhu darjatnya. Tubuh badanku terasa sangat kering dan lemah. Masa itu aku sudah seakan anak- anak yang baru berpuasa, duduk mengadap jam dinding, rasa geram tak tentu pasal dan rasa asyik nak buat pe’el saja. Nasib baik aku bersendirian di kalangan orang-orang yang tidak aku kenali. Beberapa minit sebelum azan berkumandang, aku telah pergi untuk mengisi botol airku dengan air zam-zam.

Nenek ini pula sedang duduk berdekatan dengan tong-tong zam-zam, sambil bersandar di tiang. Tanpa disangka-sangka, nenek itu telah menghirup segelas air zam-zam yang ada di dalam tangannya sejak dari tadi, berkumur-kumur lalu meludahkan kumurannya itu ke lantai marmar masjid!! Aku menjerit. Perasaan marah yang meluap-luap membakar diriku, sehinggakan nenek ni lagi sikit kena bedal denganku. Tapi alhamdulillah, aku masih dapat mengawal diriku. Macam orang hilang akal, aku berteriak untuk mendapatkan perhatian Mr Dettol, nama gelaran yang aku berikan untuk ribuan pembersih Majidil Haram yang sentiasa berbau Dettol dan sentiasa kelihatan memegang Dettol dan mop ke mana sahaja mereka pergi. Seorang Mr Dettol berbangsa Indonesia dengan tergesa-gesa datang kepadaku. Beliau tersenyum kambing lalu berkata ” Nenek itu kan? Tenang mbak, aku tau si dia begitu, justeru aku diri disini jadi tiap kali dia begitu, aku cepat-cepat bersihkannya” …. Dengan tenang dan penuh kesabaran dan senyuman yang tak putus dari bibirnya, Mr Dettol Indonesia membersihkan kawasan yang dikotori oleh nenek itu.

Tiba-tiba aku rasa sangat malu dan amat segan dengan pemuda Indonesia itu. Akhlaknya jauh lebih mulia dari aku yang kononnya seorang guru yang bertauliah dan seorang jemaah undangan Allah. Dia telah menunjukkan ‘ultimate compassion’ yang merupakan sunnah tertinggi Rasullullah s.a.w, iaitu kesabaran. Bersabar dengan orang tua yang telah nyanyuk, membuat kerja dengan senyuman, tidak menghakimi tabiat orang dan ikhlas bekerja walaupun provokasi datang bertubi-tubi. Aku telah tewas dengan nafsu kemarahanku sehingga dalam keadaan puasa, aku sanggup mempunyai lintasan fikiran untuk membedal nenek itu, sedangkan budak Indonesia ini menanganinya dengan senyuman ikhlas, ketenangan dan kesabaran. Imannya sangat tinggi subhanallah!

Betullah pesan nyai dulu. Jangan sesekali memandang rendah kepada orang yang kerjayanya tidak sehebat kita. Kita tidak tahu jika makamnya disisi Allah adalah jauh lebih tinggi dari kita. Hari tu, hakikat pesananan nyai itu menjadi nyata.

Dah nak masuk waktu asar. Nanti aku sambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s